Tuesday 15 November 2016

Pengalaman Berurusan Dengan Pelanggan Buat Pertama Kali


Teringat masa mula2 bershaklee. mula-mula beli untuk diri sendiri je. Itupun sebab ada masalah kesihatan. Lepas tu kawan sepejabat tau, minta tolong belikan sebab susah nak dapat. Bila rasa dh serasi, saya mula belikan untuk kegunaan keluarga.

Pada 1 hb September, rezeki pembeli pertama sampai. Pembeli nak beli Peppermint Ginger Plus Shaklee, untuk anak kawan sebab dah habis pantang tapi masih ada masalah loya-loya yang kronik. Malam tu jugak COD.

Tapi sebelum pergi, study siap2 tntg produk, masalah berkaitan bersalin, berpantang, angin, halia. Manatau tiba2 test tanya, haru nak menjawab. hahaha

10 minit jugak mencari rumah dalam hujan renyai2. Tak jauh mana pun, taman bersebelahan je. Cuak la tu. hahaha. Nasib baik Akak tu relak je. akhirnya sampai terus dijemput masuk rumah. Husband dia dah standy tunggu sambil layan TV. Siap dah tersedia air tea o suam lagi. Ok, mungkin ini perjumpaan yang agak sedikit lama.

Sambil-sambil melangkah masuk, dalam kepala:

'Bersalin, Berpantang, Angin, Halia
Bersalin, Berpantang, Angin, Halia'.

Sambil borak2 ringan, tetiba Akak tu tanya,

"Adik, akak nak tnya skit ni boleh.." Habis je Akak tu cakap, husband dia terus betulkan kedudukan. Betul2 duduk berhadapan dengan saya.

"Boleh kak, insyaAllah saya jawab mana mampu.." Muka buat2 bersahaja.

Mestila kena jawab soalan kan. Kata diri pengedar. Kalau sekadar runner je, mungkin boleh la 'pusing' lepas diri. Dalam kepala:

'Bersalin, Berpantang, Angin, Halia
Bersalin, Berpantang, Angin, Halia'

"Akak ni, doktor cakap ada Diabetes tahap satu. Adik rasa apa sebab kena ya, apa akak kena buat sekarang dan suplimen apa yang sesuai dengan akak?". Tak ada kena mengena dengan 'Bersalin, Berpantang, Angin, Halia'. Lupa, akak tu beli untuk anak kawan dia 

Ooo...
Diabetes Kak ye...
Ermm... 

Ok. Camni kak...

Saya rasa kalian pasti dapat jangka terjadi / reaksi / jawapan amatur macam saya selepas itu. hahaha.
Ini antara pengalaman yang paling beharga buat saya. Saya tidak gagal, cuma kurang pengetahuan je,  dan pengetahuan akan bertambah dari sehari ke sehari. InsyaAllah 

Sekadar perkongsian.

Terima kasih.
--------------------------
SYED ISMAIL
019 2752749
#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#supershakleeman
#superstarsshaklee
#9gemilang

1 comment:

  1. Wah, cerita dia menarik! Hujan pulak tu eh? Hihi. Tp kelakar bila awak dah sibuk dalam kepala, 'halia, pantang', tapi tetibe 'diabetes'! Hahaha... tu mesti cuak kan? sbb kalau saya ish.. mesti risau sesangat! :)

    anyway, tahniah! semoga lebih hebat dalam masa akan datang! :)

    ReplyDelete