Sunday, 25 December 2016

PERSEDIAAN KESIHATAN ANAK UNTUK SESI PERSEKOLAHAN

Ini minggu terakhir cuti persekolahan. Minggu depan, aktiviti pendaftaran dan sesi persekolahan akan bermula. Pada anaknya yang pertama kali mulakan sesi persekolahan, minggu depan pasti minggu yang mengujakan. Camna la reaksi anak-anak nanti.

Diharap persediaan peralatan persekolahan sudah hampir siap. Tinggal sentuhan terakhir sahaja.

Jangan dilupa persediaan kesihatan anak. Kebiasaan masalah kesihatan pasti melibatkan pemakanan yang dibeli di dalam mahupun diluar sekolah. Cadangkan untuk permulaan, anda boleh bekalkan dengan makanan dimasak sendiri dari rumah. Lebih selamat dan diyakini berkhasiat. Jika tidak sempat, latih anak untuk membeli makanan secara bijaksana. Masih belum terlambat.

Jangkitan virus selsema biasanya mudah berlaku bila berada dalam kelompok murid yang ramai. Lebih-lebih lagi dalam musim hujan yang tidak menentu. Boleh ajarkan amalan kerap mencuci tangan. Nampak mudah tapi terbukti berkesan.

Selain dari kaedah-kaedah umum diatas, anda juga boleh bekalkan suplimen yang berupaya membantu anak ketika di sekolah. Antaranya seperti:

1. Chewable Vita-C Shaklee
- Pengambilan vitamin umum ini boleh membantu anak anda mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan.
- Membantu kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang.
- Meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber bukan daging

2. Vita-Lea for Children Shaklee
- Membekalkan 18 jenis vitamin dan mineral penting untuk pertumbuhan normal kanak-kanak
- Rumusan tidak merosakkan gigi
- Periga anggur yang enak.

3. Meal Shakes Shaklee
- memberikan 19 vitamin dan mineral penting asas nutrien kanak kanak yang sedang membesar
- Sumber pemakanan serat dan protein terbaik
- Kaya dengan sumber kalsium

4. Omega Guard Shaklee
- Asid lemak omega-3 gred farmaseutikal yang asli dan tulen
-Mengandungi 7 komponen utama termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal.
- Mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan mata.

5. Nutriferon Shaklee
- Formula yang merangsang sistem imun tubuh harian yang tinggi
- Dihasilkan berasaskan ekstrak tumbuh-tumbuhan semulajadi.
- Amat sesuai untuk mengelak jangkitan virus punca selsema

Tidak semestinya perlu ambil kesemuanya, cuma pilih mana-mana yang bersesuaian dengan anak.

Ini antara pilihan yang ada untuk membantu pemjagaan kesihatan anak secara total untuk sesi persekolahan mereka.

Sekian perkongsian dari saya.

Selamat menghabiskan hujung cuti persekolahan.

Terima kasih.

SYED ISMAIL
019 274 2749
Pengedar Shaklee Cheras dan Stokis Shaklee Cheras
Pengedar Shaklee COD Kuala Lumpur

Sunday, 18 December 2016

Tidak Perlu Makan Suplimen Sebab Syarikat Tanggung Kos Perubatan

Assalamualaikum semua. Semoga sentiasa sihat walafiat hendaknya.  Ramai diantara kita, terutamanya yang bekerja tidak perlu makan suplimen kerana syarikat tanggung kos perubatan. Tiap kali sakit, cuma perlu tunjukkan kad perubatan atas nama syarikat, sejumlah dan pelbagai jenis ubatan akan dibekalkan. Kadang kala, terpaksa dibuang kerana telah tamat tarikh luput, tidak perlu bimbang kerana ubatan itu boleh diambil lagi dengan mudah.

Demam biasa, batuk selsema, terseliuh tangan atau kaki dan beberapa lagi mungkin antara sebab biasa kita mengambil ubatan tanpa risau di sebarang klinik. Memandangkan kos ubatan yang diambil adalah 'percuma', hampir kesuluruhan antara kita tidak mementingkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

Pada pesakit diabetes peringkat awal, anda mungkin tidak perlu risau. 'Bantuan' perubatan menggunakan kad perubatan atas nama syarikat mungkin masih lagi boleh membantu. Cuma tanpa pengambilan pemakanan yang sihat dan seimbang, anda mungkin berisiko untuk kehilangan 'bantuan' ini dalam jangka masa panjang.

Kenapa? Kos perubatan untuk penyakit yang kronik memerlukan kos yang amat tinggi. Mungkin pada waktu ini, penggunaan kad anda maaih dibawah limit yang ditetapkan, tapi jika anda leka dan masih tidak mahu berubah kepada pemakanan seimbang dan bernutrisi, kad anda mungkin tidak lagi mampu untuk menanggung kos yang tinggi pada masa hadapan. Dan yang paling teruk, anda dibuang kerja kerana sentiasa kerap tidak tidak sihat. Tiada lagi kad perubatan atas nama syarikat.

Kenapa anda tidak boleh bergantung harap pada kad perubatan atas nama syarikat:

1. Limit kad perubatan adalah berdasarkan posisi pekerjaan anda. Kos perubatan penyakit kronik adalah sama mahal sama anda seorang CEO atau pegawai biasa.

2. Kekerapan pengambilan cuti akibat kesihatan akan menjadikan anda seorang pekerja yang tidak efektif. Risiko untuk diberhentikan. Tiada kerja, tiada kad perubatan.

3. Pergantungan pada kelebihan kad perubatan akan membuatkan anda seorang yang tidak mengambil berat perihal kesihatan. Jika anda seperti ini, tidak mustahil keluarga anda akan mewarisi sikap yang negatif ini.

Antara kes-kes yang pernah berlaku disebabkan kebergantungan pada kad perubatan dan tidak berusaha untuk hidup secara sihat:

1. Seorang pekerja dibantu untuk membayar kos pembedahan kedua-dua lutut tetapi pekerja terpaksa menanggung kesan lutut yang sudah tidak berfungsi seperti biasa seorang diri sepanjang hayat.

2. Pekerja "on-dialisis", akibat diabetes, ditawarkan VSS kerana prestasi kerja sudah menurun tetapi menolak kerana kos dialisis tidak boleh ditanggung sendiri.

Kurangkan pergantungan kepad kad perubatan yang asalnya memberi bantuan kepada pekerja tetapi jika silap percaturan, akan menjerumuskan kita ke dalam situasi yang merugikan. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Pastikan sumber makanan kita dari bahan-bahan yang terpelihara zat nutrisi.

Kesihatan diri, tanggungjawab sindiri.

Sekian, terima kasih.

SYED ISMAIL
Pengedar dan Stokis Shaklee Cheras
019 275 2749

Wednesday, 14 December 2016

5 Cara Berjimat Cermat Untuk Persediaan Persekolahan Anak

Sudah tak lama lagi sesi persekolahan 2017 akan bermula. Duit cukup tak?

Macam-macam kena sediakan. Lebih-lebih lagi pada yang baru nak masuk alam persekolahan. Antara barangan yang kebiasaannya perlu:

Pakaian
1. Kemeja putih / baju kurung putih / uniform
2. Seluar panjang / kain biru muda
3. Singlet / baju dalam
4. Stokin
5. Tali pinggang
6. Tali leher
7. Sampin
8. Songkok / tudung bulat

Lain-lain
1. Beg galas
2. Kasut
3. Beg duit
4. Lunch box
5. Botol air

Stationary
1. Pensil / pen
2. Pembaris
3. Pengasah pensil
4. Pemadam
5. Kotak pensil
6. Pensil warna
7. Kertas lukisan
8. Buku latihan
9. Pembalut buku.

Saya yang tengah menaip ni pun sudah sedikit tertekan. Mana yang boleh pakai lagi, 'bring forward' untuk tahun depan. Tapi kalau untuk anak baru nak mulakan kehidupan sebagai pelajar, bertabahlah. Untuk masa depan anak-anak kita di kemudian hari.

Saya kongsikan sedikit cara-cara untuk kita sebagai ibu bapa atau penjaga dalam penjimatan perbelanjaan kewangan. Sekurang-kurangnya dapat menyediakan peralatan yang mencukupi untuk anak-anak.

1. Tetapkan matlamat - kali ini kita set untuk persediaan persekolahan anak-anak

2. Senaraikan semua perbelanjaan selama sebulan - untuk kita buat penilaian barangan apa yang boleh kita skip pada bulan tersebut.

3. Makan - cuba elakkan untuk kerap makan di luar.  Bawa bekal. Jangan risau. Dah ramai yang bawa bekal ke pejabat. Siap ada group 'potluck' lagi. Hari-hari bersidang.

4. Simpan duit lebihan - kekalkan pembelanjaan berhemah pada tiap-tiap bulan. Sekiranya mendapat rezeki yang lebih seperti bonus, asing dan simpan. Jgn gunakan untuk lebihkan perbelanjaan bulanan.

5. Pembelian menggunakan kad debit - kebiasaan, bila kita gunakan wang tunai, duit lebihan RM10, RM5 ataupun RM1 mudah kita gunakan untuk pembelian 'spontan'. Keluarkan RM50, beli barang perlu hanya RM32 tapi baki untuk dibawa ke hari esok hanya RM5 sahaja. Jika gunakan kad debit, jumlah yang keluar dari akaun hanya pada nilai belian sahaja. Tiada tunai di tangan. Pembelian 'spontan' dapat dielakkan.

Banyak lagi tip-tip lain yang boleh digunapakai. Sesuaikan dengan kebiasaan anda.

Pada yang lakukan bisnes online Shaklee, selamat maju jaya untuk closing Disember 2016. Kita berikan yang terbaik untuk anak-anak kita.

Sekian, terima kasih.

SYED ISMAIL
019-2752749
Pengedar & Stokis Shaklee Cheras

Saturday, 10 December 2016

Bisnes Online Shaklee : Bebas Hutang PTPTN

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Semoga sentiasa sihat dan bergembira bersama ahli keluarga tersayang. Sedikit perkongsian berkenaan dengan impian selepas 1 tahun dengan bisnes online Shaklee saya.

Sudah 5 bulan saya mulakan bisnes online Shaklee dan bonus tertinggi saya dapat baru 3 angka. Pada saya, ia adalah jumlah yang amat menggembirakan memandangkan bisnes online Shaklee hanya dilakukan secara sambilan sahaja. Saya hanya peruntukkan masa bekerja di siang hari untuk mengemaskini produk-produk dan komunikasi bersama pegambil suplimen tambahan Shaklee dan kadang-kala pada waktu malam, digunakan untuk penghantaran produk secara 'Cash On Delivery' di kawasan sekitar Cheras jika pengambil suplimen Shaklee memerlukannya dalam kadar segara. Jika tidak, produk akan dihantar menggunakan pos oleh pihak Shaklee sendiri.

Aktiviti kebiasaan saya masih lagi berjalan seperti biasa walaupun telah membuka 3 cawangan berbeza kedai online Shaklee (page FB, Instagram dan Blog). Cuma saya akan pastikan telefon Samsung Galaxy A5 saya sentiasa ada beteri dan talian internet.

Memandangkan bisnes online Shaklee akan saya jadikan sebagai punca pendapatan utama dalam jangkamasa 5 tahun (tinggal 55 bulan lagi),  impian-impian utama telah ditetapkan untuk memastikan perjalanan bisnes online Shaklee akan berjalan lancar, teratur dan kerkeupayaan untuk mencapat target.

Impian jangkamasa pendek iaitu untuk satu tahun telah saya tetapkan. Saya akan pastikan sekurang-kurangnya separuh pinjaman pendidikan PTPTN dapat dilunaskan iaitu sebanyak RM20,000.00 dari RM40,000.00 dan keseluruhan pinjaman dapat dilunaskan pada satu tahun berikutnya iaitu pada hujung tahun 2018. Selepas itu, saya akan terus berusaha untuk melangsaikan pinjaman kenderaan dan perumahan dalam 3 tahun berikutnya. InsyaAllah, semoga impian bebas hutang dipermudahkan-Nya.

Untuk penyelesaian separuh pinjaman PTPTN, keyakinan, kesabaran, perancang yang tersusun dan rapi pasti menjamin kejayaan saya. Nampak mustahil bukan? Mungkin pada sesetengah orang. Tidak pada saya dan tidak juga pada anda bukan? Sudah ada yang berjaya dengan IzinNya.

Anda punyai impian sama dengan saya? Mempunyai WHY yang kuat untuk berjaya? Ingin berikan "lebih" pada keluarga?

Anda perlu cuba bisnes online Shaklee dalam kumpulan saya. InsyaAllah, dengan pengalaman dan tunjuk ajar dari Master Coordinator yang telah berjaya dengan izinNya, kita sama-sama berusaha. InsyaAllah, dengan izinNya atas keyakinan dan usaha kita yang berterusan.

Boleh hubungi saya di talian 019 2752749 untuk maklumat lebih lanjut.

Sekian, terima kasih.

SYED ISMAIL
Pengedar & Stokis Shaklee Cheras
019-2752759

Friday, 9 December 2016

Bisnes Online Shaklee untuk Bayar pinjaman PTPTN

Assalamualaikum semua. Semoga sentiasa sihat bersama ahli keluarga tersayang. Buat bisnes online Shaklee untuk bayar pinjaman PTPTN.

Zaman sekarang tanpa pendidikan sekurang-kurangnya Sarjana Muda memang susah nak dapatkan pekerjaan. Hanya pemegang sijil SPM sahaja, otak kena ligat nak meneruskan kehidupan yang semakin mencabar. Lepas untuk diri sendiri dahulu, baru boleh fikir untuk mulakan kehidupan bekeluarga.

Kebiasaan dan boleh dikatakan hampir kesemua yang menyambung pelajaran pasti akan menyambil pinjaman PTPTN. Termasuk saya sendiri. Kadang kala, pinjaman yang dapat hanya cukup-cukup untuk membayar yuran pengajian. Belum lagi untuk kos penginapan dan kos sara hidup sepanjang pengajian. Memang terasa lebih-lebih lagi pada yang buat secara sepenuh masa. Nasi bujang atau nasi kontrak a.k.a nasi putih + telur dadar + sup kosong + sambal belacan ni memang umum untuk warga pelajar. Tidak kira di institusi awam atau swasta, memang realiti ini yang mematangkan mereka. Pengorbanan untuk masa depan.

Selepas zaman ini, alam mencari pekerjaan bermula.  Kebiasaanya pada yang mendapat keputusan yang cemerlang agak mudah mencari pekerjaan tidak kira di sektor awam atau sektor swasta. Itu di zaman saya la. Pada zaman sekarang, peluang pekerjaan adalah semakin terhad.  Sektor awam sendiri lebih berminat untuk mengambil pekerja secara kontrak berbanding secara kekal. Dan disebabkan jumlah graduan semakin ramai, mereka tidak berminat untuk menyambung kontrak dan mengambil graduan-graduan yang lebih baru. Tujuannya adalah mengurangkan jumlah graduan baru yang menganggur, menyediakan sedikit pengalaman untuk mereka gunakan di 'pasaran terbuka'. Kita semua sepatutnya faham akan situasi ini.

Ketika anda sudah mendapatkan segulung ijazah dan mencari-cari pekerjaan, jangan lupa akan pinjaman PTPTN. Masanya untuk membayar semula. Bagaimana anda mahu membayar sekiranya masih lagi mencari pekerjaan atau, sudah mendapat dengan gaji yang hanya cukup-cukup makan? Pinjaman bukan setakat RM500 atau RM1500, kebiasaannya dalam jumlah RM10,000.00 hinggalah RM80,000.00. Angka kosongnya banyak bukan?

Kenapa bisnes online adalah platform yang amat bersesuaian dengan anda? Mungkin anda boleh baca semula entry saya sebelum ini berkenaan dengan kelebihan bisnes online.

Memandang bisnes online tidak mengganggu waktu pebelajaran atau proses mencari kerja atau ketika sedang bekerja untuk pertama-tama kalinya, ia amat membantu bagi anda membuat percaturan untuk membayar pinjaman PTPTN.

Dan sudah ramai yang berhenti bekerja setelah bisnes online sudap mantap dan bonus bulanan sudah kekal paling kurang 5 angka. Ini telah berlaku kepada yang mulanya membuat bisnes online Shaklee. Bukan setakat dapat membayar semula pinjaman PTPTN, malah mampu "membeli" suaminya dari syarikat swasta untuk sekali dengannya bersama keluarga sepanjang masa.

Yang penting, yakin, rajin dan pandai bahagikan masa. Peluang sentiasa terbuka.

Sekian perkongsia saya kali ini. Semoga bermanfaat.

Terima kasih.

SYED ISMAIL SYED ALI
Pengedar dan Stokis Shaklee Cheras
0192752749

Kenapa Kena Mula Bisnes Online Sekarang Dalam Ekonomi Hari Ini

Assalamualaikum semua. Saya ingin kongsikan kenapa kena mula bisnes online sekarang dalam ekonomi hari ini? Saya berikan 7 kelebihan bisnes online.

1. Modal rendah
Hanya memerlukan sekurang-kurangnya sebuah telefon pintar dan capaian internet.

2. Risiko rendah
Anda tidak perlu ada komitmen yang tinggi pada sesuai produk. Jika produk sekarang tidak menguntungkan, mudah untuk anda mencari produk lain.

3. Tidak perlu simpan stok
Mungkin anda sudah terbiasa dengan konsep "dropship". Ini antara salah satu cabang bisnes online yang paling mudah. Anda hanya perlu mencari pembeli. Produk dan penghantaran akan dilakukan oleh pemilik produk sahaja.

4. Jangkamasa singkat untuk mulakan
Mungkin dalam masa satu hari sahaja, anda sudah boleh mulakan bisnes online. Cuma, pastikan anda membuat kajian teliti sebelum memilih untik menjual sebarang produk online. Dapatkan nasihat dari yang pakar.

5. Banyak pilikan
Sebagai contoh, bisnes online dropship. Terdapat bermacam jenis produk yang anda voleh pilih untuk dijual. Dari tudung hinggalah kepada kasut.

6. Tidak terikat dengan waktu operasi
Kedai online anda boleh dibuka 24 jam 7 hari seminggu dan anda hanya perlu mengemaskini maklumat produk pada waktu-waktu terpilih sahaja. Boleh gunakan page FB, IG, Blog dan sebagainya.

7. Tidak memerlukan pekerja
Anda boleh uruskan bisnes online anda bersendirian. Tidak perlu bergantung pada pekerja tambahan. Untuk mendapatkan kelebihan ini, pastikan anda pilih produk dan konsep yang bersesuaian.

Setakat ini sahaja perkongsian kali ini. Diharap maklumat ini dapat membantu anda untuk memasuki alam perniagaan online.

Sekian, terima kasih.

Syed Ismail
0192752749

Tuesday, 6 December 2016

Kedai Shaklee untuk Bisnes Online Shaklee Saya

Assalamualaikum semua. Semoga sentiasa gembira bersama semua ahli keluarga tersayang dan sihat sentiasa. Topik untuk hari ini berkenaan dengan kedai Shaklee untuk bisnes online Shaklee saya. Kenapa saya lebih berminat dengan bisnes online berbanding bisnes offline? Apa kelebihan online berbanding offline.

Untuk pemahaman asas, bisnes online merujuk kepada perniagaan yang dilakukan secara dalam talian di mana ia melibatkan penggunaan internet sebagai medium perantaraan diantara penjual dan pembeli. Manakala bisnes offline lebih merujuk kepada perniagaan secara konvensional di mana ia melibatkan ia pertemuan diantara penjual dan pembeli secara bersemuka. Ini hanyalah definasi ringkas sebagai pemahaman asas kita. Cuma kali ini saya hanya akan ceritakan 5 kelebihan utama bisnes online.

1. Kos - Hanya memerlukan sebuah telefon pintar dan talian internet. Dua alatan ini boleh dikatakan sebagai alatan asas dan wajib ada untuk memulakan bisnes online.

ww.shaklee2u.com

2. Waktu operasi - Anda boleh buka maksimum 24 jam 7 hari seminggu. Pada yang baru bermula atau lakukan secara sambilan, anda boleh set waktu yang bersesuaian.

3. Risiko - Risiko adalah lebih rendah berbanding perniagaan offline. Anda mungkin perlu keluarkan modal untuk penggunaan tapak website anda. Pada yang baru bermula, boleh gunakan blog percuma sebelum berpindah pada tapak website yang lebih stabil.

4. Bebas untuk waktu dan lokasi - Anda boleh melakukan hampir semua urusan perniagaan pada bila-bila masa dan dimana-mana.

5. Potensi tembusi pasaran global - Bisnes online mempunyai paratusan tinggi untuk tembusi pasaran global. Anda hanya perlu dapatkan teknik yang betul dan tepat, tanpa melibatkan kos dan risiko yang tinggi.

Pada yang baru terfikir untuk memulakan bisnes online dan berminat pada bidang kesihatan dan kecantikan, boleh terus hubungi saya. Anda hanya perlukan modal sebanyak RM69 sebagai pembayaran yuran keahlian. Ilmu berkenaan dengan bisnes online akan saya kongsikan.

Sekian perkongsian saya hari ini.

Terima kasih.

SYED ISMAIL
0192752749