Sunday 18 December 2016

Tidak Perlu Makan Suplimen Sebab Syarikat Tanggung Kos Perubatan

Assalamualaikum semua. Semoga sentiasa sihat walafiat hendaknya.  Ramai diantara kita, terutamanya yang bekerja tidak perlu makan suplimen kerana syarikat tanggung kos perubatan. Tiap kali sakit, cuma perlu tunjukkan kad perubatan atas nama syarikat, sejumlah dan pelbagai jenis ubatan akan dibekalkan. Kadang kala, terpaksa dibuang kerana telah tamat tarikh luput, tidak perlu bimbang kerana ubatan itu boleh diambil lagi dengan mudah.

Demam biasa, batuk selsema, terseliuh tangan atau kaki dan beberapa lagi mungkin antara sebab biasa kita mengambil ubatan tanpa risau di sebarang klinik. Memandangkan kos ubatan yang diambil adalah 'percuma', hampir kesuluruhan antara kita tidak mementingkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

Pada pesakit diabetes peringkat awal, anda mungkin tidak perlu risau. 'Bantuan' perubatan menggunakan kad perubatan atas nama syarikat mungkin masih lagi boleh membantu. Cuma tanpa pengambilan pemakanan yang sihat dan seimbang, anda mungkin berisiko untuk kehilangan 'bantuan' ini dalam jangka masa panjang.

Kenapa? Kos perubatan untuk penyakit yang kronik memerlukan kos yang amat tinggi. Mungkin pada waktu ini, penggunaan kad anda maaih dibawah limit yang ditetapkan, tapi jika anda leka dan masih tidak mahu berubah kepada pemakanan seimbang dan bernutrisi, kad anda mungkin tidak lagi mampu untuk menanggung kos yang tinggi pada masa hadapan. Dan yang paling teruk, anda dibuang kerja kerana sentiasa kerap tidak tidak sihat. Tiada lagi kad perubatan atas nama syarikat.

Kenapa anda tidak boleh bergantung harap pada kad perubatan atas nama syarikat:

1. Limit kad perubatan adalah berdasarkan posisi pekerjaan anda. Kos perubatan penyakit kronik adalah sama mahal sama anda seorang CEO atau pegawai biasa.

2. Kekerapan pengambilan cuti akibat kesihatan akan menjadikan anda seorang pekerja yang tidak efektif. Risiko untuk diberhentikan. Tiada kerja, tiada kad perubatan.

3. Pergantungan pada kelebihan kad perubatan akan membuatkan anda seorang yang tidak mengambil berat perihal kesihatan. Jika anda seperti ini, tidak mustahil keluarga anda akan mewarisi sikap yang negatif ini.

Antara kes-kes yang pernah berlaku disebabkan kebergantungan pada kad perubatan dan tidak berusaha untuk hidup secara sihat:

1. Seorang pekerja dibantu untuk membayar kos pembedahan kedua-dua lutut tetapi pekerja terpaksa menanggung kesan lutut yang sudah tidak berfungsi seperti biasa seorang diri sepanjang hayat.

2. Pekerja "on-dialisis", akibat diabetes, ditawarkan VSS kerana prestasi kerja sudah menurun tetapi menolak kerana kos dialisis tidak boleh ditanggung sendiri.

Kurangkan pergantungan kepad kad perubatan yang asalnya memberi bantuan kepada pekerja tetapi jika silap percaturan, akan menjerumuskan kita ke dalam situasi yang merugikan. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Pastikan sumber makanan kita dari bahan-bahan yang terpelihara zat nutrisi.

Kesihatan diri, tanggungjawab sindiri.

Sekian, terima kasih.

SYED ISMAIL
Pengedar dan Stokis Shaklee Cheras
019 275 2749

No comments:

Post a Comment