Sunday, 25 December 2016

PERSEDIAAN KESIHATAN ANAK UNTUK SESI PERSEKOLAHAN

Ini minggu terakhir cuti persekolahan. Minggu depan, aktiviti pendaftaran dan sesi persekolahan akan bermula. Pada anaknya yang pertama kali mulakan sesi persekolahan, minggu depan pasti minggu yang mengujakan. Camna la reaksi anak-anak nanti.

Diharap persediaan peralatan persekolahan sudah hampir siap. Tinggal sentuhan terakhir sahaja.

Jangan dilupa persediaan kesihatan anak. Kebiasaan masalah kesihatan pasti melibatkan pemakanan yang dibeli di dalam mahupun diluar sekolah. Cadangkan untuk permulaan, anda boleh bekalkan dengan makanan dimasak sendiri dari rumah. Lebih selamat dan diyakini berkhasiat. Jika tidak sempat, latih anak untuk membeli makanan secara bijaksana. Masih belum terlambat.

Jangkitan virus selsema biasanya mudah berlaku bila berada dalam kelompok murid yang ramai. Lebih-lebih lagi dalam musim hujan yang tidak menentu. Boleh ajarkan amalan kerap mencuci tangan. Nampak mudah tapi terbukti berkesan.

Selain dari kaedah-kaedah umum diatas, anda juga boleh bekalkan suplimen yang berupaya membantu anak ketika di sekolah. Antaranya seperti:

1. Chewable Vita-C Shaklee
- Pengambilan vitamin umum ini boleh membantu anak anda mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan.
- Membantu kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang.
- Meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber bukan daging

2. Vita-Lea for Children Shaklee
- Membekalkan 18 jenis vitamin dan mineral penting untuk pertumbuhan normal kanak-kanak
- Rumusan tidak merosakkan gigi
- Periga anggur yang enak.

3. Meal Shakes Shaklee
- memberikan 19 vitamin dan mineral penting asas nutrien kanak kanak yang sedang membesar
- Sumber pemakanan serat dan protein terbaik
- Kaya dengan sumber kalsium

4. Omega Guard Shaklee
- Asid lemak omega-3 gred farmaseutikal yang asli dan tulen
-Mengandungi 7 komponen utama termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal.
- Mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan mata.

5. Nutriferon Shaklee
- Formula yang merangsang sistem imun tubuh harian yang tinggi
- Dihasilkan berasaskan ekstrak tumbuh-tumbuhan semulajadi.
- Amat sesuai untuk mengelak jangkitan virus punca selsema

Tidak semestinya perlu ambil kesemuanya, cuma pilih mana-mana yang bersesuaian dengan anak.

Ini antara pilihan yang ada untuk membantu pemjagaan kesihatan anak secara total untuk sesi persekolahan mereka.

Sekian perkongsian dari saya.

Selamat menghabiskan hujung cuti persekolahan.

Terima kasih.

SYED ISMAIL
019 274 2749
Pengedar Shaklee Cheras dan Stokis Shaklee Cheras
Pengedar Shaklee COD Kuala Lumpur

Sunday, 18 December 2016

Tidak Perlu Makan Suplimen Sebab Syarikat Tanggung Kos Perubatan

Assalamualaikum semua. Semoga sentiasa sihat walafiat hendaknya.  Ramai diantara kita, terutamanya yang bekerja tidak perlu makan suplimen kerana syarikat tanggung kos perubatan. Tiap kali sakit, cuma perlu tunjukkan kad perubatan atas nama syarikat, sejumlah dan pelbagai jenis ubatan akan dibekalkan. Kadang kala, terpaksa dibuang kerana telah tamat tarikh luput, tidak perlu bimbang kerana ubatan itu boleh diambil lagi dengan mudah.

Demam biasa, batuk selsema, terseliuh tangan atau kaki dan beberapa lagi mungkin antara sebab biasa kita mengambil ubatan tanpa risau di sebarang klinik. Memandangkan kos ubatan yang diambil adalah 'percuma', hampir kesuluruhan antara kita tidak mementingkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

Pada pesakit diabetes peringkat awal, anda mungkin tidak perlu risau. 'Bantuan' perubatan menggunakan kad perubatan atas nama syarikat mungkin masih lagi boleh membantu. Cuma tanpa pengambilan pemakanan yang sihat dan seimbang, anda mungkin berisiko untuk kehilangan 'bantuan' ini dalam jangka masa panjang.

Kenapa? Kos perubatan untuk penyakit yang kronik memerlukan kos yang amat tinggi. Mungkin pada waktu ini, penggunaan kad anda maaih dibawah limit yang ditetapkan, tapi jika anda leka dan masih tidak mahu berubah kepada pemakanan seimbang dan bernutrisi, kad anda mungkin tidak lagi mampu untuk menanggung kos yang tinggi pada masa hadapan. Dan yang paling teruk, anda dibuang kerja kerana sentiasa kerap tidak tidak sihat. Tiada lagi kad perubatan atas nama syarikat.

Kenapa anda tidak boleh bergantung harap pada kad perubatan atas nama syarikat:

1. Limit kad perubatan adalah berdasarkan posisi pekerjaan anda. Kos perubatan penyakit kronik adalah sama mahal sama anda seorang CEO atau pegawai biasa.

2. Kekerapan pengambilan cuti akibat kesihatan akan menjadikan anda seorang pekerja yang tidak efektif. Risiko untuk diberhentikan. Tiada kerja, tiada kad perubatan.

3. Pergantungan pada kelebihan kad perubatan akan membuatkan anda seorang yang tidak mengambil berat perihal kesihatan. Jika anda seperti ini, tidak mustahil keluarga anda akan mewarisi sikap yang negatif ini.

Antara kes-kes yang pernah berlaku disebabkan kebergantungan pada kad perubatan dan tidak berusaha untuk hidup secara sihat:

1. Seorang pekerja dibantu untuk membayar kos pembedahan kedua-dua lutut tetapi pekerja terpaksa menanggung kesan lutut yang sudah tidak berfungsi seperti biasa seorang diri sepanjang hayat.

2. Pekerja "on-dialisis", akibat diabetes, ditawarkan VSS kerana prestasi kerja sudah menurun tetapi menolak kerana kos dialisis tidak boleh ditanggung sendiri.

Kurangkan pergantungan kepad kad perubatan yang asalnya memberi bantuan kepada pekerja tetapi jika silap percaturan, akan menjerumuskan kita ke dalam situasi yang merugikan. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Pastikan sumber makanan kita dari bahan-bahan yang terpelihara zat nutrisi.

Kesihatan diri, tanggungjawab sindiri.

Sekian, terima kasih.

SYED ISMAIL
Pengedar dan Stokis Shaklee Cheras
019 275 2749

Wednesday, 14 December 2016

5 Cara Berjimat Cermat Untuk Persediaan Persekolahan Anak

Sudah tak lama lagi sesi persekolahan 2017 akan bermula. Duit cukup tak?

Macam-macam kena sediakan. Lebih-lebih lagi pada yang baru nak masuk alam persekolahan. Antara barangan yang kebiasaannya perlu:

Pakaian
1. Kemeja putih / baju kurung putih / uniform
2. Seluar panjang / kain biru muda
3. Singlet / baju dalam
4. Stokin
5. Tali pinggang
6. Tali leher
7. Sampin
8. Songkok / tudung bulat

Lain-lain
1. Beg galas
2. Kasut
3. Beg duit
4. Lunch box
5. Botol air

Stationary
1. Pensil / pen
2. Pembaris
3. Pengasah pensil
4. Pemadam
5. Kotak pensil
6. Pensil warna
7. Kertas lukisan
8. Buku latihan
9. Pembalut buku.

Saya yang tengah menaip ni pun sudah sedikit tertekan. Mana yang boleh pakai lagi, 'bring forward' untuk tahun depan. Tapi kalau untuk anak baru nak mulakan kehidupan sebagai pelajar, bertabahlah. Untuk masa depan anak-anak kita di kemudian hari.

Saya kongsikan sedikit cara-cara untuk kita sebagai ibu bapa atau penjaga dalam penjimatan perbelanjaan kewangan. Sekurang-kurangnya dapat menyediakan peralatan yang mencukupi untuk anak-anak.

1. Tetapkan matlamat - kali ini kita set untuk persediaan persekolahan anak-anak

2. Senaraikan semua perbelanjaan selama sebulan - untuk kita buat penilaian barangan apa yang boleh kita skip pada bulan tersebut.

3. Makan - cuba elakkan untuk kerap makan di luar.  Bawa bekal. Jangan risau. Dah ramai yang bawa bekal ke pejabat. Siap ada group 'potluck' lagi. Hari-hari bersidang.

4. Simpan duit lebihan - kekalkan pembelanjaan berhemah pada tiap-tiap bulan. Sekiranya mendapat rezeki yang lebih seperti bonus, asing dan simpan. Jgn gunakan untuk lebihkan perbelanjaan bulanan.

5. Pembelian menggunakan kad debit - kebiasaan, bila kita gunakan wang tunai, duit lebihan RM10, RM5 ataupun RM1 mudah kita gunakan untuk pembelian 'spontan'. Keluarkan RM50, beli barang perlu hanya RM32 tapi baki untuk dibawa ke hari esok hanya RM5 sahaja. Jika gunakan kad debit, jumlah yang keluar dari akaun hanya pada nilai belian sahaja. Tiada tunai di tangan. Pembelian 'spontan' dapat dielakkan.

Banyak lagi tip-tip lain yang boleh digunapakai. Sesuaikan dengan kebiasaan anda.

Pada yang lakukan bisnes online Shaklee, selamat maju jaya untuk closing Disember 2016. Kita berikan yang terbaik untuk anak-anak kita.

Sekian, terima kasih.

SYED ISMAIL
019-2752749
Pengedar & Stokis Shaklee Cheras

Saturday, 10 December 2016

Bisnes Online Shaklee : Bebas Hutang PTPTN

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Semoga sentiasa sihat dan bergembira bersama ahli keluarga tersayang. Sedikit perkongsian berkenaan dengan impian selepas 1 tahun dengan bisnes online Shaklee saya.

Sudah 5 bulan saya mulakan bisnes online Shaklee dan bonus tertinggi saya dapat baru 3 angka. Pada saya, ia adalah jumlah yang amat menggembirakan memandangkan bisnes online Shaklee hanya dilakukan secara sambilan sahaja. Saya hanya peruntukkan masa bekerja di siang hari untuk mengemaskini produk-produk dan komunikasi bersama pegambil suplimen tambahan Shaklee dan kadang-kala pada waktu malam, digunakan untuk penghantaran produk secara 'Cash On Delivery' di kawasan sekitar Cheras jika pengambil suplimen Shaklee memerlukannya dalam kadar segara. Jika tidak, produk akan dihantar menggunakan pos oleh pihak Shaklee sendiri.

Aktiviti kebiasaan saya masih lagi berjalan seperti biasa walaupun telah membuka 3 cawangan berbeza kedai online Shaklee (page FB, Instagram dan Blog). Cuma saya akan pastikan telefon Samsung Galaxy A5 saya sentiasa ada beteri dan talian internet.

Memandangkan bisnes online Shaklee akan saya jadikan sebagai punca pendapatan utama dalam jangkamasa 5 tahun (tinggal 55 bulan lagi),  impian-impian utama telah ditetapkan untuk memastikan perjalanan bisnes online Shaklee akan berjalan lancar, teratur dan kerkeupayaan untuk mencapat target.

Impian jangkamasa pendek iaitu untuk satu tahun telah saya tetapkan. Saya akan pastikan sekurang-kurangnya separuh pinjaman pendidikan PTPTN dapat dilunaskan iaitu sebanyak RM20,000.00 dari RM40,000.00 dan keseluruhan pinjaman dapat dilunaskan pada satu tahun berikutnya iaitu pada hujung tahun 2018. Selepas itu, saya akan terus berusaha untuk melangsaikan pinjaman kenderaan dan perumahan dalam 3 tahun berikutnya. InsyaAllah, semoga impian bebas hutang dipermudahkan-Nya.

Untuk penyelesaian separuh pinjaman PTPTN, keyakinan, kesabaran, perancang yang tersusun dan rapi pasti menjamin kejayaan saya. Nampak mustahil bukan? Mungkin pada sesetengah orang. Tidak pada saya dan tidak juga pada anda bukan? Sudah ada yang berjaya dengan IzinNya.

Anda punyai impian sama dengan saya? Mempunyai WHY yang kuat untuk berjaya? Ingin berikan "lebih" pada keluarga?

Anda perlu cuba bisnes online Shaklee dalam kumpulan saya. InsyaAllah, dengan pengalaman dan tunjuk ajar dari Master Coordinator yang telah berjaya dengan izinNya, kita sama-sama berusaha. InsyaAllah, dengan izinNya atas keyakinan dan usaha kita yang berterusan.

Boleh hubungi saya di talian 019 2752749 untuk maklumat lebih lanjut.

Sekian, terima kasih.

SYED ISMAIL
Pengedar & Stokis Shaklee Cheras
019-2752759

Friday, 9 December 2016

Bisnes Online Shaklee untuk Bayar pinjaman PTPTN

Assalamualaikum semua. Semoga sentiasa sihat bersama ahli keluarga tersayang. Buat bisnes online Shaklee untuk bayar pinjaman PTPTN.

Zaman sekarang tanpa pendidikan sekurang-kurangnya Sarjana Muda memang susah nak dapatkan pekerjaan. Hanya pemegang sijil SPM sahaja, otak kena ligat nak meneruskan kehidupan yang semakin mencabar. Lepas untuk diri sendiri dahulu, baru boleh fikir untuk mulakan kehidupan bekeluarga.

Kebiasaan dan boleh dikatakan hampir kesemua yang menyambung pelajaran pasti akan menyambil pinjaman PTPTN. Termasuk saya sendiri. Kadang kala, pinjaman yang dapat hanya cukup-cukup untuk membayar yuran pengajian. Belum lagi untuk kos penginapan dan kos sara hidup sepanjang pengajian. Memang terasa lebih-lebih lagi pada yang buat secara sepenuh masa. Nasi bujang atau nasi kontrak a.k.a nasi putih + telur dadar + sup kosong + sambal belacan ni memang umum untuk warga pelajar. Tidak kira di institusi awam atau swasta, memang realiti ini yang mematangkan mereka. Pengorbanan untuk masa depan.

Selepas zaman ini, alam mencari pekerjaan bermula.  Kebiasaanya pada yang mendapat keputusan yang cemerlang agak mudah mencari pekerjaan tidak kira di sektor awam atau sektor swasta. Itu di zaman saya la. Pada zaman sekarang, peluang pekerjaan adalah semakin terhad.  Sektor awam sendiri lebih berminat untuk mengambil pekerja secara kontrak berbanding secara kekal. Dan disebabkan jumlah graduan semakin ramai, mereka tidak berminat untuk menyambung kontrak dan mengambil graduan-graduan yang lebih baru. Tujuannya adalah mengurangkan jumlah graduan baru yang menganggur, menyediakan sedikit pengalaman untuk mereka gunakan di 'pasaran terbuka'. Kita semua sepatutnya faham akan situasi ini.

Ketika anda sudah mendapatkan segulung ijazah dan mencari-cari pekerjaan, jangan lupa akan pinjaman PTPTN. Masanya untuk membayar semula. Bagaimana anda mahu membayar sekiranya masih lagi mencari pekerjaan atau, sudah mendapat dengan gaji yang hanya cukup-cukup makan? Pinjaman bukan setakat RM500 atau RM1500, kebiasaannya dalam jumlah RM10,000.00 hinggalah RM80,000.00. Angka kosongnya banyak bukan?

Kenapa bisnes online adalah platform yang amat bersesuaian dengan anda? Mungkin anda boleh baca semula entry saya sebelum ini berkenaan dengan kelebihan bisnes online.

Memandang bisnes online tidak mengganggu waktu pebelajaran atau proses mencari kerja atau ketika sedang bekerja untuk pertama-tama kalinya, ia amat membantu bagi anda membuat percaturan untuk membayar pinjaman PTPTN.

Dan sudah ramai yang berhenti bekerja setelah bisnes online sudap mantap dan bonus bulanan sudah kekal paling kurang 5 angka. Ini telah berlaku kepada yang mulanya membuat bisnes online Shaklee. Bukan setakat dapat membayar semula pinjaman PTPTN, malah mampu "membeli" suaminya dari syarikat swasta untuk sekali dengannya bersama keluarga sepanjang masa.

Yang penting, yakin, rajin dan pandai bahagikan masa. Peluang sentiasa terbuka.

Sekian perkongsia saya kali ini. Semoga bermanfaat.

Terima kasih.

SYED ISMAIL SYED ALI
Pengedar dan Stokis Shaklee Cheras
0192752749

Kenapa Kena Mula Bisnes Online Sekarang Dalam Ekonomi Hari Ini

Assalamualaikum semua. Saya ingin kongsikan kenapa kena mula bisnes online sekarang dalam ekonomi hari ini? Saya berikan 7 kelebihan bisnes online.

1. Modal rendah
Hanya memerlukan sekurang-kurangnya sebuah telefon pintar dan capaian internet.

2. Risiko rendah
Anda tidak perlu ada komitmen yang tinggi pada sesuai produk. Jika produk sekarang tidak menguntungkan, mudah untuk anda mencari produk lain.

3. Tidak perlu simpan stok
Mungkin anda sudah terbiasa dengan konsep "dropship". Ini antara salah satu cabang bisnes online yang paling mudah. Anda hanya perlu mencari pembeli. Produk dan penghantaran akan dilakukan oleh pemilik produk sahaja.

4. Jangkamasa singkat untuk mulakan
Mungkin dalam masa satu hari sahaja, anda sudah boleh mulakan bisnes online. Cuma, pastikan anda membuat kajian teliti sebelum memilih untik menjual sebarang produk online. Dapatkan nasihat dari yang pakar.

5. Banyak pilikan
Sebagai contoh, bisnes online dropship. Terdapat bermacam jenis produk yang anda voleh pilih untuk dijual. Dari tudung hinggalah kepada kasut.

6. Tidak terikat dengan waktu operasi
Kedai online anda boleh dibuka 24 jam 7 hari seminggu dan anda hanya perlu mengemaskini maklumat produk pada waktu-waktu terpilih sahaja. Boleh gunakan page FB, IG, Blog dan sebagainya.

7. Tidak memerlukan pekerja
Anda boleh uruskan bisnes online anda bersendirian. Tidak perlu bergantung pada pekerja tambahan. Untuk mendapatkan kelebihan ini, pastikan anda pilih produk dan konsep yang bersesuaian.

Setakat ini sahaja perkongsian kali ini. Diharap maklumat ini dapat membantu anda untuk memasuki alam perniagaan online.

Sekian, terima kasih.

Syed Ismail
0192752749

Tuesday, 6 December 2016

Kedai Shaklee untuk Bisnes Online Shaklee Saya

Assalamualaikum semua. Semoga sentiasa gembira bersama semua ahli keluarga tersayang dan sihat sentiasa. Topik untuk hari ini berkenaan dengan kedai Shaklee untuk bisnes online Shaklee saya. Kenapa saya lebih berminat dengan bisnes online berbanding bisnes offline? Apa kelebihan online berbanding offline.

Untuk pemahaman asas, bisnes online merujuk kepada perniagaan yang dilakukan secara dalam talian di mana ia melibatkan penggunaan internet sebagai medium perantaraan diantara penjual dan pembeli. Manakala bisnes offline lebih merujuk kepada perniagaan secara konvensional di mana ia melibatkan ia pertemuan diantara penjual dan pembeli secara bersemuka. Ini hanyalah definasi ringkas sebagai pemahaman asas kita. Cuma kali ini saya hanya akan ceritakan 5 kelebihan utama bisnes online.

1. Kos - Hanya memerlukan sebuah telefon pintar dan talian internet. Dua alatan ini boleh dikatakan sebagai alatan asas dan wajib ada untuk memulakan bisnes online.

ww.shaklee2u.com

2. Waktu operasi - Anda boleh buka maksimum 24 jam 7 hari seminggu. Pada yang baru bermula atau lakukan secara sambilan, anda boleh set waktu yang bersesuaian.

3. Risiko - Risiko adalah lebih rendah berbanding perniagaan offline. Anda mungkin perlu keluarkan modal untuk penggunaan tapak website anda. Pada yang baru bermula, boleh gunakan blog percuma sebelum berpindah pada tapak website yang lebih stabil.

4. Bebas untuk waktu dan lokasi - Anda boleh melakukan hampir semua urusan perniagaan pada bila-bila masa dan dimana-mana.

5. Potensi tembusi pasaran global - Bisnes online mempunyai paratusan tinggi untuk tembusi pasaran global. Anda hanya perlu dapatkan teknik yang betul dan tepat, tanpa melibatkan kos dan risiko yang tinggi.

Pada yang baru terfikir untuk memulakan bisnes online dan berminat pada bidang kesihatan dan kecantikan, boleh terus hubungi saya. Anda hanya perlukan modal sebanyak RM69 sebagai pembayaran yuran keahlian. Ilmu berkenaan dengan bisnes online akan saya kongsikan.

Sekian perkongsian saya hari ini.

Terima kasih.

SYED ISMAIL
0192752749



Bonus Shaklee : Kenapa saya perlu buat bisnes Shaklee sampai berjaya



Assalamualaikum Semua. Semoga sentiasa sihat sentiasa dan gembira bersama semua ahli keluarga tersayang. Sebut sahaja bonus, lebih-lebih lagi pada hujung tahun memang teruja. Mestila kan. Dah tak lama lagi, anak-anak akan kembali bersekolah. Persediaan persekolahan memang memerlukan banyak modal.

Pada yang sentiasa bersedia, mungkin 3 atau 4 bulan lepas sudah membuat simpanan. Banyak juga tu nak pakai. Lebih-lebih jika anak-anak 'berjaya' masuk ke semua peringkat persekolahan, Menengah, Rendah dan Tadika. Lagi haru. Tapi memandangkan semua ini merupakan tanggungjawab dan 'pelaburan' untuk masa depan anak-anak, pasti akan cari jalan untuk memudahkan urusan mereka.

Pendidikan anak-anak menjadi antara sebab utama kenapa saya perlu buat bisnes Shaklee sampai berjaya. Fleksibiliti dalam perniagaan ini memang menguntungkan. Dengan penggunaan portal Shaklee2u yang amat membantu dalam pengurusan maklumat asas perniagaan, pembelian sehinggalah penghantaran produk terus ke pintu pagar pengguna membolehkan saya untuk tumpukan terus pada langkah-langkah pengembangan perniagaan. Dengan kemudahan penggunaan pelbagai medium media sosial membuatkan saya sentiasa ada masa untuk teruskan tugasan hakiki sebagai pekerja, suami dan ayah seperti biasa.

Bonus bulan pertama saya hanya RM76.80 dan bulan kedua adalah sebanyak RM215.33. Hanya 2 bulan sahaja, bonus sambilan bisnes Shaklee saya sudah capai 3 angka untuk bisnes saya. Bisnes pertama tau, bukan bisnes yang ke empat atau kesepuluh. Alhamdulillah. Itu hanya dari bonus bulanan sahaja. Ada lagi 'bonus2' tersembungi yang anda tak sangka.

Dan apa yang saya lebih pentingkan, sambil berbisnes, saya mampu untuk menjaga kesihatan seluruh ahli keluarga dengan bahan sumber semulajadi tang terbukti berkesan.

Anda berminat untuk menambah pendapatan bulanan tanpa menukar secara drastik gaya kehidupan semasa, boleh hubungi saya.

Sekian, terima kasih.
================
Syed Ismai
192752749

#tsunamishaklee
#superstarsshaklee
#supershakleeman
#9gemilang

Thursday, 1 December 2016

7 Kelebihan Beli Shaklee dengan Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya Dari Group SuperStarShaklee


Assalamualaikum semua. Saya dan anda semua pasti suka apa yang lebih-lebih bukan. Haha. Kali ini saya kongsikan 7 kelebihan beli Shaklee dengan daftar ahli Shaklee dengan saya dari Group SuperStarShaklee. Apa yang terlebih sangat tu.

"We gonna make you an offer you can't refuse". Hampir sama seperti yang Don Vito Corleone cakap dalam filem "youknowthatmovie". Hahaha

1. Pengalaman Selama 20 Tahun
Pengasas SuperStarShaklee a.k.a Mami telah menggunakan suplimen Shaklee hampir 20 tahun dan Alhamdulillah, telah menerima kesan baik pengambilan sepanjang 20 tahun ini. Disebabkan itu, beliau panjangkan penggunaan kepada seluruh ahli keluarga. Alhamdulillah. Bukan 2 minggu, 2 bulan atau 2 tahun ya, 20 tahun. Alhamdulillah, dengan izinNya.

2. Akses Kepada Pakar Nutritionist Shaklee
Group SuperStarShaklee mempunyai kelebihan untuk terus berurusan dengan pakar Nutritionist Shaklee tanpa melalui sebarang protokol yang memakan masa. Kenapa ia penting? jika anda atau pengguna Shaklee yang berurusan dengan anda memerlukan sebarang maklumat pantas berkenaan dengan pengambilan suplimen yang bersesuaian atau sebarang "kesan penyembuhan", InsyaALLAH SuperStarShaklee mampu berikan. "Maklumat pantas". Betul. Itu kata kuncinya.

3. Informasi Pantas, Tepat dan Betul
SuperStarShaklee dapat memberikan informasi yang pantas, tepat dan betul kepada semua pengguna atau ahli yang berdaftar dengan kami kerana sebahagian ahli SuperStarShaklee telah dan kerap menghadiri latihan dan seminar dibawah kendalian Nutritionist Shaklee. Ilmu asas dan maklumat terkini dari semasa ke semasa amat penting kerana pengambilan suplimen melibatkan kesihatan anda atau pengguna yang berurusan dengan anda. Ia melibatkan risiko kesihatan. Bidang ini bukan bidang yang boleh dijalankan secara sambil lewa.

4. Kelebihan dalam urusan Cash On Delivery (COD) 
Ahli SuperStarShaklee terdapat hampir di kesemua negeri-negeri di Malaysia cuma tertumpu di bandar-bandar besar. Mungkin anda akan melengkapkan 'kewujudan' kami di seluruh Malaysia. Urusan COD antara medium yang terbaik kerana kita lebih mudah berinteraksi secara "face-to-face" dengan pengguna selain mengelakkan sebarang kesilapan dalam penyampaian maklumat. Betul. kata kuncinya "Penyampaian Maklumat".

5. Kelebihan Poslaju Seluruh Malaysia
Sebelum adanya perkhidmatan penghantaran terus oleh pihak Shaklee, kami berpengalaman untuk membuat penghantaran poslaju menggunakan beberapa medium penghantaran lain yang bersesuaian dengan pengguna berdasarkan kepada kos, lokasi dan juga masa. Banyak perkara dalam urusan logistik yang kita langsung tidak jangkakan boleh berlaku. Ia pernah berlaku kepada kami, dan kami ada penyelesaiannya disebabkan kami belajar dari kesilapan lalu. bukan setakat dalam Malaysia sahaja ya, kami ada pengalaman untuk penghantaran ke luar negara. Mungkin perkara ini anda boleh belajar sendiri dari semasa ke semasa tetapi, masa "pengguna" untuk menunggu kiriman dari anda perlu utamakan. Ya, kami boleh bantu anda sepantas yang mungkin.

6. Aktif dan Sentiasa Up To Date
Group SuperStarShakle boleh dikatakan sering berkomunikasi hampir 18 jam sehari atau mungkin lebih dari itu menggunakan pelbagai medium komunikasi. Sebarang informasi terkini dari pihak Shaklee atau Nutritionist Shaklee akan sampai terus kepada semua ahli. Maklumat adalah perkara yang paling penting untuk memastikan anda atau pengguna melalui anda menggunakan suplimen Shaklee tepat dan berkesan. Oleh itu, maklumat perlu disebarkan sepantas yang mungkin.

7. Terpantas, 7 bulan sahaja untuk menjadi Master Coordinator Shaklee.
Terkejut? Ya, saya sendiri masih lagi terkejut. selepas naik rank kepada Supervisor Shaklee, beliau hanya memerlukan 7 bulan sahaja untuk naik terus ke ranking yang tertinggi iaitu Master Coordinator Shaklee. Tak percaya? sila klik disini untuk capaian ke Majalah Shaklee Today Special Edition 2014, muka surat 28 hingga 30.

Di atas adalah 7 kelebihan beli Shaklee dengan daftar ahli shaklee dengan saya dari Group SuperStarShaklee. Kenapa saya lebih kerap menggunakan kata ganti 'kami' dari 'saya'? Kerana kita akan bergerak dalam satu kumpulan. Susah dan senang bersama-sama. Buat sama-sama lagi mudah bukan.

Inilah 7 kelebihan kami mampu tawarkan. "An offer that you can't refuse".

Jangan tunggu lama-lama ya. Harga minyak petrol mungkin turun bulan ini, tapi tak semestinya akan kekal atau turun lagi pada bulan-bulan mendatang.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca sehingga habis.
===============
Syed Ismail
019-2752749

#superstarshaklee
#supershakleeman
#tsunamishaklee
#9gemilang
===============

Sunday, 27 November 2016

Landmark Study Shaklee Bukti Produk Shaklee Berkesan dan Selamat

Assalamualaikum semua. Seperti dijanjikan sebelum ini, saya akan kongsikan lagi satu lagi Landmark Study Shaklee yang dilakukan untuk membuktikan lagi bahawa produk Shaklee berkesan dan selamat.

Sebelum ini saya ada kongsikan Landmark Study Shaklee yang diterbitkan pada 24 Oktober 2007 dalam "Nutrition Journal 2007" mengenai kesan pengambilan multivitamin yang diketuai oleh Professor Emerita Dr. Gladys Block dari School of Public Health, University College Berkeley.

Kali ini saya kongsikan berkenaan landmark study yang diketuai oleh Professor Elizabeth H. Blackburn iaitu pemenang Nobel Laureate dan Morris Herzstein Professor of Biology and Psysiology di Jabatan Biokimia dan Biofizik, University of California San Francisco (UCSF). Beliau boleh dikatakan sebagai 'pemimpin' dalam bidang 'Telomere' dan kajian 'Telomerase'. Dalam kajian ini, beliau menjumpai bagaimana kromosom dilindungi oleh 'Telomere" dan enzim 'Telomere'.

Ringkasan Landmark Study Shaklee II.

Kajian ini tertumpu pada DNA dan 'pemanjangam umur'. Dalam kajian ini, 107 peserta dari pengguna produk Shaklee (Vitalizer, Vivix dan Shaklee 180) selama kira-kira  5 tahun dan juga sekumpulan peserta yang tidak mengambil sebarang suplimen dan hasil keputusan awal kajian ini amat menarik.

Apa itu 'Telomere'.

Merupakan 'penanda' biologi penuaan. Ia boleh dikatakan sebagai kunci kepada penuaan dan juga kanser. Dia dalam pusat / nukleus sel, gen manusia berada dalam keadaan berpintal / "twisted" dan molekul dua terkandas / "double-stranded molecules" yang juga dikenali sebagai kromosom. Pada setiap hujung kromosom (kedua-dua belah) beradanya DNA dipanggil sebagai 'telomere', yang melindungi data genetik, dan 'memegang' beberapa rahsia bagaimana manusia semakin tua dan mati disebabka  kanser dan penyakit-penyakit lain.

'Telomere' akan menghalang hujung kromosom dari 'bergaduh' atau melekat diantara satu sama lain, yang akan 'merebut' maklumat genetik organisma dan seterusnya mengakibatkan kanser, penyakit-penyakit lain atau kematian.

Setiap kali berlakunya proses pembahagian sel, 'telomere' akan menjadi semakin pendek. Apabila sel menjadi terlalu pendek akibat proses pembahagian, sel akan tidak lagi mampu membahagi dan seterusnya akan menjadi tidak aktif atau 'uzur' atau mati. Proses ini amat berkaitan dengan proses penuaan, kanser dan risiko tinggi kematian.

Kajian terhadap potensi polifenol dalam produk Shaklee iaitu Vivix terhadap pelindungan 'telomere' menunjukkan pertumbuhan yang amat dramatik dan menakjubkan tahun kebelakangan ini.

Diharap perkongsian ini memberi anda sedikit kefahaman asas terhadap potensi Vivix Shaklee dalam membantu penyembuhan penyakit kronik, dan langsung pada proses penuaan manusia.

Penerangan yang agak klinikal tetapi saya harap anda dapat faham asas pada kajian yang dilakukan.

Jangan 'pandang sebelah mata' pada sebarang poster dan testimoni kejayaan Vivix Shaklee selepas ini ya.

Sekian, terima kasih kerana sanggup baca sehingga habis perkongsian saya kali ini.
----------------------------
Syed Ismail
0192752749

#tsunamishaklee
#superstarsshaklee
#supershakleeman
#9gemilang

Friday, 25 November 2016

Vitalea Shaklee : Produk Shaklee Wajib Ada Dalam Setiap Rumah

Assalamualaikum semua. Semoga kita sentiasa tersenyum dan gembira bersama ahli keluarga. Pada yang tidak, semoga Allah letakkan kita diantara hambanyaNya yang berterus-terusan berada dalam kasih sayangNya. Rahmat yang amat-amat tidak ternilai. Amin.

Apa itu Vita-lea Shaklee.

Suplimen ini merupakan multivitamin pertama di dunia dicipta sendiri oleh pengasas Shaklee iaitu Dr. Forrest C. Shaklee dangan nama lamanya Vitalize- mineral pada tahun 1915 ketika beliau berusia 21 tahun. Cukup lama bukan. Sudah hampir 101 tahun usia produk ini. Sudah 'tua' kan. Haha

Kenapa vita-lea Shaklee.

Merupakan salah satu suplimen multivitamin paling seimbang dengan khasiat yng lengkap, dirumus khas untuk membekal pelbagai vitamin dan mineral penting untuk orang dewasa dan kanak-kanak. 101 tahun dalam penghasilan, kajian berterusan dan penambahbaikan untuk memastikan khasiat dari sumber yang tidak dicemari oleh sebarang toksin dapat dicernakan oleh tubuh badan dengan mudah, tepat memberi kesan serta tiada kesan sampingan buruk. Bukan cakap kosong ya. Produk ini disokong oleh 7 kajian klinikal. Ini fakta.

Jenis produk Vita-lea Shalee.

1. Vita-lea Iron Formula.

Mengandungi 28 vitamin dan mineral penting untuk orang dewasa yang terbukti menggalakkan kecerdasan dan kesihatan seluruh badan, menguatkan tulang dan serta sistem imun dan melindungi tubuh dan radikal bebas. Ini kesan yang paling asas.

2. Vita-lea For Children.

Membekalkan 18 vitamin dan mineral yang mengandungi micronutrien berspektrum luas penting untuk pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak, dirumus dengan pemanis asli xylitol yang tidak menyebabkan kaviti serta dihasilkan secara spesifik untuk memudahkan pengambilan oleh kanak-kanak. Pada yang anaknya memilih makanan menyebabkan kurang nutrisi, Vita-le for Children memang pilihan tepat.

Kelebihan Vita-lea Shaklee.

Antaranya:

1. 2 tablet sahaja membekalkan vitamin mineral asas untuk tubuh badan,

2. Tablet multi-vitamin terpantas larut air dan tubuh badan.

3. Pengambilan berterusan selama setahun mengurangkan risiko sakit sebanyak 65%,

4. Mengandungi unsur iron. Amat disarankan ada ibu mengandung yang ada Anemia serta yang mengalami luka pendarahan besar,

5. Kandungan Pottasium dalam Vita-lea akan menyelesaikan masalah 'food craving' atau 'terasa selalu lapar dan suka mengunyah makanan ringan',

6. Diambil oleh negarawan ulung kita yang sudah lanjut usianya tapi masih sihat bertenaga. Betul. Memang beliau. Tepat tekaan anda...

7. Vita-lea digunakan digunakan hampir kesemua set kesihatan Shaklee.

Jika anda berminat untuk mencuba atau ingin mendapatkan maklumat lebih lengkap, boleh terus hubungi saya.

InsyaAllah saya serta Nutrionist Shaklee akan bantu dalam penjagaan keseluruhan kesihatan kita.

Terima kasih.
.........................
Syed Ismail
0192752749


#tsunamishaklee

#superstarsshaklee

#supershakleeman

#9gemilang

Thursday, 24 November 2016

Set asas Shaklee untuk kuruskan badan.

2 botol ni memang sentiasa ada di meja opis. Senang nak capai dan telan. Bukan nak sgt kurus, cuma nak sihat atas sebab kurus je. Haha

Lecithin untuk pecah dan bakar lemak dan Alfalfa untuk membuang lemak + toksin dalam badan. Itu fungsi utama kalau dari segi kawalan berat badan.

Cukupla pada yang bajet sederhana kurang. Dari terus kurus dalam jangka masa singkat dengan kos yang agak tinggi, lebih baik kita kawal berat badan dengan Lecithin + Alfalfa dulu. Pasti kurus jugak nanti. Haha

Selain itu, antara kesan pengambilan:

Lecithin
- Membantu penyerapan vitamin larut lemak
- Melindungi hati
- Pemecahan lemak dan kolestrol
- Pelangsingan

Alfalfa
- mencuci darah dan usus
- Melawan alahan
- Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut
- Menyingkirkan lemak dan kolestrol
- Melawan tumor
- Melegakan keletihan
- Mencegah / merawat atritis

Orang kata, "Mengubati sesuatu penyakit adalah lebih mahal dari menjaga kesihatan." Betul kan 😊
--------------------
Syed Ismail
019 2752749

#tsunamishaklee
#superstarsshaklee
#supershakleeman
#9gemilang

Tuesday, 22 November 2016

Demam dan punca-puncanya



Assalamualaikum semua.

Jika anak-anak kecil terkena demam memang kelam kabut rasa. Lebih-lebih lagi jika mak dan ayahnya masing-masing masih bekerja. Sapela agaknya yang kena berkorban untuk ambil cuti hantar anak ke klinik dan jaga sehingga sembuh? Hahaha. Betul, memang tepat jawapan anda.

Ok, mengapa demam terjadi?

Berdasarkan penerangan dari Dr. Alya Hamzah, Pegawai Perubatan Paediatrik:

"Pada otak manusia terdapat satu struktur yang dipanggil ‘hypothalamus‘ yang mempunyai pelbagai fungsi penting dalam menyelenggara aktiviti-aktiviti badan yang normal.

Antara fungsi hypothalamus adalah bertindak sebagai ‘thermostat‘ dalaman yang menetapkan suhu badan yang normal iaitu antara 36.5°C ke 37.5°C.

Keadaan seperti jangkitan kuman atau penyakit-penyakit tertentu boleh merangsang hypothalamus untuk meningkatkan suhu badan manusia. Keadaan ini dipercayai berlaku sebagai langkah ‘pertahanan’ badan yang normal untuk melawan jangkitan atau penyakit. Fenomena ini merupakan suatu kebaikan demam kepada tubuh badan kita."

Sedikit jelas kan.

Kebiasaannya, jangkitan kuman atau penyakit akan menyebabkan gejala demam dan diantara punca-punca demam bagi kanak-kanak ialah:

1. Batuk dan selesema akibat jangkitan virus,
2. Jangkitan pada tekak atau telinga,
3. Jangkitan paru paru
4. Jangkitan saluran kencing
5. Radang otak,
6. Demam denggi,
7. Demam campak,
8. Penyakit tidak berjangkit seperti Systemic Lupus Erythematosus, Juvenile Idiopathic Arthritis.

Tapi jangan terkejut ya, anak baru nak tumbuh gigi pun boleh demam tau, tapi tidak lah teruk sangat sampai kena bawa ke klinik (mungkin pada ibu penyayang yg sudah panik). hahaha

Berkenaan dengan jangkitan kuman, Shaklee memang promo kaw-kaw salah satu produknya yang teebukti berkesan membantu mengurangkan risiko mendapat demam iaitu NutriFeron.

NutriFeron Shaklee merupakan produk berpaten dengan campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun. Ramuan proprietari berasaskan ekstrak tumbuh-tumbuhan semula jadi ini dihasilkan daripada biji labu, bunga kesumba, biji plantago dan kudup bunga bebuas Jepun. Organik semuanya.

Bagimana ia berfungsi?

Secara ringkas, NutriFeron bertindak dengan dua cara:

1. Mengaktifkan sistem pertahanan imuniti,
2. Menggerakkan 'pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan kita.

Lebih kurang macam itulah proses dia. Pada yang anaknya kerap sangat tidak sihat, pertama sekali, dapatkan nasihat dari pakar perubatan yang bertauliah dan dapatkan cadangan perubatan yang bersesuaian untuk anak sebelum mengambil sebarang produk-produk kesihatan yang berkaitan termasuklah NutriFeron Shaklee.

Kenapa, NutriFeron Shaklee tak bagus ke?

Bukan, kita perlu tahu apa sebenarnya masalah anak kita hingga menyebabkan demam yang kerap. Adakah hanya disebabkan oleh jangkita kuman atau disebabkan oleh penyakit. Jangan kita salah dapatkan rawatan.

Okay, jika ada sebarang pertanyaan berkenaan NutriFeron, boleh terus wassup saya ya.

Terima kasih.
...................................
Syed Ismail
019-2752749
#tsunamishaklee
#superstarsshaklee
#supershakleeman
#9gemilang

Monday, 21 November 2016

Trip Shaklee November 2016 to Langkawi

Trip Shaklee November 2016 to Langkawi

Seronok
Seronok
Seronok

Dapat liputan dari semasa ke semasa dari Puan Farin F. Mazelan memang buat saya teruja sgt2. Adik2 seperguruan pun semua nak join trip yang Shaklee selepas ni. Memag amat2 best.

Kenapa best?

Sebab semua fully sponsored oleh Shaklee. 3 hari 2 malam, menginap pulak kat Hotel Westin Resort & Spa. Jalan2 1 pulau, duit poket pun dapat lagi. Hahaha. Memang murah rezeki.

Tahun depan trip ke Jepun pulak. International trip. InsyaAllah saya pun nak join.

Usaha5x. Hahaha
.............................
Syed Ismail
0192752749
#tsunamishaklee
#superstarsshaklee
#supershakleeman
#9gemilang

Sunday, 20 November 2016

Pertama Kali berjumpa dengan Upline a.k.a Mentor / Cikgu / Kaunselor / Motivator


Belajar mesti ada guru. Tak kira belajar apa sekalipun, belajar Mengenal Allah S.W.T, belajar mengenal diri, belajarl ilmu termasuklah belajar berniaga online Shaklee yang tengah saya lakukan sekarang.

Saya kongsikan sedikit sesi pembelajaran  berniaga online Shaklee. Semuanya online tau. Dari mengenal produk, bidang pemasaran, konsultasi dengan pelanggan, penghantaran produk (+ cash on delivery) waima perbincangan, pertanyaan dan nasihat eksklusif dengan Upline a.k.a Mentor / Cikgu / Kaunselor / Motivator pun hampir sepenuhnya online.

Best kan...
Mudah kan...

Kenapa ya? Antara sebabnya:

- Ketika bersama keluarga, anda boleh belajar,
- Ondaway blik kampung, bisness akan jalan mcm biasa,
- Masa bekerja office hour, income Shaklee tetap mengalir masuk.

Best ke best?

Sepanjang perniagaan online saya, baru 4 kali jumpa 'Apak' dan 2 kali 'Mami' Shaklee saya. Saya beruntung sebab mereka tinggal tak jauh dari saya. Walaupun tak jauh, kami tetap jarang berjumpa face to face atas sbb kekangan masa dan komitmen keluarga. Tetapi, tiap2 hari pasti/mesti 'berjumpa' secara online bersama dengan kakak2 dan adik2 seperguruan.

Mudah ke mudah?

Tapi apa yg paling penting, pastikan dapat Upline a.k.a Mentor / Cikgu / Kaunselor / Motivator yg terbaik seperti yang saya ada sekarang. Baru fokus bisness online tak terbabas atau hanya hangat2 t**k ayam.

Dan paling2 penting, set kan WHY kita betul2 dan usaha yg berterus-terusan. Rezeki yang baik tak kan 'datang' kalau kita sendiri tak 'menjemputnya'.

Best dan Mudah kan. Anda berminat? Boleh wassup saya. Kita jemput rezeki tu datang sama2

*Nota: Gambar bersama Master Salwa Al'Izzah a.k.a Mami, kakak2 seperguruan Superstars dan Master Lyna Noh. Master Abdurrahman Al-Ithnaini a.k.a Apak tak dek sbb dalam kereta, turn jaga anak.
........................
Syed Ismail
0192752749
#tsunamishaklee
#superstarsshaklee
#supershakleeman
#9gemilang

Tuesday, 15 November 2016

Pengalaman Berurusan Dengan Pelanggan Buat Pertama Kali


Teringat masa mula2 bershaklee. mula-mula beli untuk diri sendiri je. Itupun sebab ada masalah kesihatan. Lepas tu kawan sepejabat tau, minta tolong belikan sebab susah nak dapat. Bila rasa dh serasi, saya mula belikan untuk kegunaan keluarga.

Pada 1 hb September, rezeki pembeli pertama sampai. Pembeli nak beli Peppermint Ginger Plus Shaklee, untuk anak kawan sebab dah habis pantang tapi masih ada masalah loya-loya yang kronik. Malam tu jugak COD.

Tapi sebelum pergi, study siap2 tntg produk, masalah berkaitan bersalin, berpantang, angin, halia. Manatau tiba2 test tanya, haru nak menjawab. hahaha

10 minit jugak mencari rumah dalam hujan renyai2. Tak jauh mana pun, taman bersebelahan je. Cuak la tu. hahaha. Nasib baik Akak tu relak je. akhirnya sampai terus dijemput masuk rumah. Husband dia dah standy tunggu sambil layan TV. Siap dah tersedia air tea o suam lagi. Ok, mungkin ini perjumpaan yang agak sedikit lama.

Sambil-sambil melangkah masuk, dalam kepala:

'Bersalin, Berpantang, Angin, Halia
Bersalin, Berpantang, Angin, Halia'.

Sambil borak2 ringan, tetiba Akak tu tanya,

"Adik, akak nak tnya skit ni boleh.." Habis je Akak tu cakap, husband dia terus betulkan kedudukan. Betul2 duduk berhadapan dengan saya.

"Boleh kak, insyaAllah saya jawab mana mampu.." Muka buat2 bersahaja.

Mestila kena jawab soalan kan. Kata diri pengedar. Kalau sekadar runner je, mungkin boleh la 'pusing' lepas diri. Dalam kepala:

'Bersalin, Berpantang, Angin, Halia
Bersalin, Berpantang, Angin, Halia'

"Akak ni, doktor cakap ada Diabetes tahap satu. Adik rasa apa sebab kena ya, apa akak kena buat sekarang dan suplimen apa yang sesuai dengan akak?". Tak ada kena mengena dengan 'Bersalin, Berpantang, Angin, Halia'. Lupa, akak tu beli untuk anak kawan dia 

Ooo...
Diabetes Kak ye...
Ermm... 

Ok. Camni kak...

Saya rasa kalian pasti dapat jangka terjadi / reaksi / jawapan amatur macam saya selepas itu. hahaha.
Ini antara pengalaman yang paling beharga buat saya. Saya tidak gagal, cuma kurang pengetahuan je,  dan pengetahuan akan bertambah dari sehari ke sehari. InsyaAllah 

Sekadar perkongsian.

Terima kasih.
--------------------------
SYED ISMAIL
019 2752749
#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#supershakleeman
#superstarsshaklee
#9gemilang

Pengasas Shaklee



HIDUP BERHARMONI DENGAN ALAM

Dr. Forrest C. Shaklee a.k.a Dr. Shaklee

1. Menghidap penyakit batuk kering pada zaman kanak-kanak dan diramalkan boleh hidup sehingga umur 8 tahun sahaja. Berpindah dari Carlisles (merupakan kawasan perlombongan arang batu) ke  utara Iowa sebagai satu terapi untuk hidup dengan alam semulajadi yang tidak tercemar bagi merawat penyakit yang dihadapi. Berjaya cuma tidak sesihat dan secergas kanak2 yang sebaya.

2. Disahkan menghidap kanser dan digesa untuk dipotong lengan dan kaki untuk mengelak sel kanser dari terus merebak. Pada saat itu, beliau merupakan antara doktor muda yang sedang meningkat naik. Dikudungkan dikala istrinya sedang sarat mengandung dan mempunyai seorang anak adalah pilihan yang terakhir akan diambil. Lantas, terus secara intensif dalam pengambilan buahan dan sayuran segar dibantu dengan pengambilan suplimen dengan kuantiti yang tinggi serta kerap berpuasa. Tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh, kesihatan dan tenaga semakin pulih dan beliau masih hidup. Hanya dengan pengambilan nutrisi yang tepat.

Dan... 

Bermulanya era Shaklee dalam dunia perubatan bersumberkan alam semulajadi.

1915 - Multivitamin pertama di dunia dicipta 'Vitalized Minerals a.k.a Vitalea Minerals

1956 - Syarikat Shaklee ditubuhkan

1960 - Penghasilan pencuci organik Basic H

1972 - Penghasilan Instant Protein

1975 - Shaklee Jepun ditubuhkan

1976 - Shaklee Canada ditubuhkan

1981 - Vita C Sustained Release dicipta

1983 - Pendaki warga Amerika berjaya mendaki Gunung Everest hanya dengan nutrisi Shaklee tanpa bantuan bekalan oksigen.

1988 - Shaklee Malaysia ditubuhkan.

Dan banyak lagi kejayaan hingga ke hari ini hanya disebabkan penyakit batuk kering dan kanser.

Hanya dengan Hidup Berharmoni Dengan Alam
-------------------------
Syed Ismail
019 2752749
#shakleeeffect
#liveamazing
#tsunamishaklee
#9gemilang
#superstarsshaklee

Thursday, 10 November 2016

Basic H2

PETUA LAMA GANTI BARU

Sejak terbeli Basic H2 untuk memcuci kesan'karat' pada puting botol susu anak, pelbagai lagi ujikaji lain dibuat untuk menyokong teori 1001 kegunaan Basic H2. Dan setiap hasil yang berkesan terus saya 'patent'kan sebagai petua moden untuk diwariskan pada anak cucu saya.

Antaranya petua moden titisan Basic H2 pada Beberapa liter air:

1. Merendam sayuran dan buahan dibeli dari pasar untuk menghilangkan segala macam bahan kimia / racun serangga

2. Merendam ikan dan daging bagi menghilangkan bahan kimia membekukan/mengekalkan 'kecantikpandangan' ikan dan daging

3. Melumurkan terus pada tangan untul menanggalkan getah buah nangka, kesan cili dan dakwat marker pen

4. Titiskan pada tempat terkena gula-gula getah yang gegil nak tanggal

5. Basahkan kain pada air campuran Basic H2 untuk dilapkan pada rambut, dada atau belakang badan anak atau diri yg demam

Masih ada 995 petua lain yg saya belum cuba lagi.

Mungkin anda boleh bantu saya buat ujikaji sekali. Bahan 100% organik. Sekali pakai, memang tak boleh tinggal 😊😊😊

Wassup saya kalau nk cuba ya.
--------------------------
Syed Ismail
019 2752749

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#supershakleeman
#9gemilang

Tuesday, 8 November 2016

Bisness part-time dengan Shaklee

Assalamualaikum.

Kali ni saya nak berkongsi kerja part time dengan Shaklee.

Sambil2 pakai sendiri untuk kesihatan diri, anak istri dan keluarga, berkongsi kebaikan dan keberkesanan suplimen Shaklee  dengan anda semua boleh mendatangkan sumber pendapatan pasif pada saya.

WHY???

Kerana Faktor WHY saya banyak:

1. Kos sara hidup yang meningkat pantas berbanding peningkatan gaji
2.  Anak2 yg makin bertambah dan membesar
3. Persediaan untuk tahun2 mendatang yg mencabar
4. Pinjaman PTPTN
5. Pinjaman rumah
6. Pinjaman kereta

Dengan Shaklee + kerja keras + IzinNya, saya berharap hanya dalam masa 6 bulan lg (dalam Shaklee), saya akan bertukar status dari level Independent Distributor kepada level Master, apa yang saya akan dapat? InsyaAllah bonus dalam 5 hampir 6 angka pasti dalam tangan dan kesihatan yang baik asbab suplimen Shaklee.

Tak percaya??? Hahaha

Camni la. Ni contoh. Pada yang pagi2 p kerja, selalu nampak tak satu kreta agak mewah, pemandunya masih muda belia, bawak istri dan 2 anak kecil p kdai makan, lepak2 minum dgn keluarga. Pastu sambung membeli belah. Relax je. Xdeknye kalut pergi kerja pagi2 buta, blik lepas maghrib.

Lg 1 contoh. Staff bawahan kita. Masuk 8.30pg, blik sharp pukul 5.30. Tp mampu bawak family pergi beriadah tiap hujung minggu, 6 bulan skali keluar negara melancong, padahal gaji rendah dari kita.

Kenapa ya. Anak org kaya kot.

Mungkin 10 peratus shj. Selebihnya, mereka golongan peniaga sepenuh masa dengan menggunakan peluang langit terbuka seperti media sosial. Bisness tetap jalan walau:

- Tengah berjoging pagi isnin
- Tengah parking kereta tepi pantai Morib petang selasa
- Tengah snorkeling kat pulau perhentian tgh hari rabu

Kita, hujung bulan lepas gaji baru ada duit + masa nak blik kmpung jenguk keluarga (saya juga masih di tahap ini pada saat ini)

Pada yang berminat untuk tukar cara hidup kita pada yang levih baik dengan manfaat bisnes Shaklee, boleh terus wassup saya.

Takkan nk tunggu jiran sbelah rumah nak ubah kita kan 😊😊😊
-----------------------
Syed Ismail
019 2752749

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#supershakleeman
#suplimencegahdiabetes
#9gemilang


Sunday, 30 October 2016

Landmark Study Shaklee 2007

Kenapa vitamin Shaklee yang Terbaik

Ada orang kata:
1. Tak perlu ambil vitamin, apa kita makan harian memang akan bekalkan apa badan kita perlukan.
2. Saya ada ambil dari brand A, asal nama vitamin, ada pulak kelulusan KKM, cukupla.

Betul3x…

Tapi:
1. Makan makanan yang sumbernya dihujani pestisid, disimpan lama dalam peti sejuk sbb tak mau rosak ‘awal’, sulam menyulam pulak dengan Fast Food promosi meletop ‘UNTUK BULAN INI SAHAJA’.
2. ‘Vitamin ni bagus’. Sapa yang cakap? CEO saya yang bagtau. Apa takut, KKM dh luluskan tau.

Ini kurang bagus...

Jika:
1. Saya tanam sendiri sayuran dan buahan ni. Lembu kambing ayam pun saya ternak sendiri. Semuanya organik tau.
2. Saya ambik suplimen Shaklee sahaja.

No comment, Anda terbaik

Kenapa vitamin Shaklee yang terbaik?

Kerana dibuktikan dalam satu Landmark Study Usage patterns, health, and nutritional status of long-termmultiple dietary supplement users: a cross-sectional study diterbitkan pada 24 Oktober 2007 dalam “Nutrition Journal 2007” oleh pakar pakar diet yang diketuai oleh Professor Emerita Dr. Gladys Block dari School of Public Health, University College Berkeley (institusi ini diiktiraf oleh Council for Higher Education Accreditation, USA). Semua ini fakta.

Kajian dilakukan pada 3 kategori utama:
1. Tidak mengambil sebarang suplimen vitamin 
2. Mengambil suplimen vitamin satu jenis sahaja (bukan jenama Shaklee)
3. Mengambil suplimen Multivitamin pelbagai (jenama Shaklee)

Dan hasil kajian, keputusan bagi kategori 3 Mengambil suplimen Multivitamin pelbagai (jenama Shaklee):
1. Kalah (Tempat terakhir) risiko mendapat “Diabetes”
2. Kalah (Tempat terakhir) risiko mendapat “Heart Attack”
3. Kalah (Tempat terakhir) risiko mendapat “Congestive Heart Failure”
4. Kalah (Tempat terakhir) risiko mendapat “Stroke”
5. Kalah (Tempat terakhir) risiko mendapat “Coronary Heart Disease”
6. Kalah (Tempat terakhir) risiko mendapat “Triglycerides”
7. Kalah (Tempat terakhir) risiko mendapat “C-Reactive Protein”
8. Kalah (Tempat terakhir) risiko mendapat “Homocysteine”
9. Juara (Tempat pertama) membekalkan HDL (the good cholesterol)

Ok, 8 kekalahan berturut-turut untuk mendapat risiko terpantas penyakit merbahaya tapi saya langsung tak terkilan. 

Untuk maklumat, kebanyakan kajian dibuat dalam tempoh masa singkat dan kajian hanya pada satu-satu vitamin berbanding ‘Landmark Study’ ini yg memakan masa yg lebih lama dan untuk vitamin-vitamin utama diperlukan oleh badan.

Apa yang kita perlu ambil kisah, penyakit yang disebabkan oleh pengambilan nutrisi harian + cara hidup mengambil masa yang cukup lama untuk ‘dicipta’ dalam tubuh kita (dalam 10 hingga 30 tahun) sebelum ‘beraksi’ pada tahap yg optimum dan berpanjangan.

Ini ‘Landmark Study’ yang lama tau, tahun 2007.

‘Landmark Study’ terbaru lagi OHSEM. Saintis a.k.a Doktor perubatan tu siap dapat Nobel Prize Winner lagi. Lain hari saya ceritakan pada anda.

Jom berShaklee dengan kami.

Boleh hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut.

SYED ISMAIL BIN SYED ALI
Pengedar & Stokis Shaklee Cheras
019 275 2749