Friday 9 December 2016

Kenapa Kena Mula Bisnes Online Sekarang Dalam Ekonomi Hari Ini

Assalamualaikum semua. Saya ingin kongsikan kenapa kena mula bisnes online sekarang dalam ekonomi hari ini? Saya berikan 7 kelebihan bisnes online.

1. Modal rendah
Hanya memerlukan sekurang-kurangnya sebuah telefon pintar dan capaian internet.

2. Risiko rendah
Anda tidak perlu ada komitmen yang tinggi pada sesuai produk. Jika produk sekarang tidak menguntungkan, mudah untuk anda mencari produk lain.

3. Tidak perlu simpan stok
Mungkin anda sudah terbiasa dengan konsep "dropship". Ini antara salah satu cabang bisnes online yang paling mudah. Anda hanya perlu mencari pembeli. Produk dan penghantaran akan dilakukan oleh pemilik produk sahaja.

4. Jangkamasa singkat untuk mulakan
Mungkin dalam masa satu hari sahaja, anda sudah boleh mulakan bisnes online. Cuma, pastikan anda membuat kajian teliti sebelum memilih untik menjual sebarang produk online. Dapatkan nasihat dari yang pakar.

5. Banyak pilikan
Sebagai contoh, bisnes online dropship. Terdapat bermacam jenis produk yang anda voleh pilih untuk dijual. Dari tudung hinggalah kepada kasut.

6. Tidak terikat dengan waktu operasi
Kedai online anda boleh dibuka 24 jam 7 hari seminggu dan anda hanya perlu mengemaskini maklumat produk pada waktu-waktu terpilih sahaja. Boleh gunakan page FB, IG, Blog dan sebagainya.

7. Tidak memerlukan pekerja
Anda boleh uruskan bisnes online anda bersendirian. Tidak perlu bergantung pada pekerja tambahan. Untuk mendapatkan kelebihan ini, pastikan anda pilih produk dan konsep yang bersesuaian.

Setakat ini sahaja perkongsian kali ini. Diharap maklumat ini dapat membantu anda untuk memasuki alam perniagaan online.

Sekian, terima kasih.

Syed Ismail
0192752749

No comments:

Post a Comment